1.0 Pendahuluan
Kajian
ini dibuat ke atas teks Gurindam Dua Belas iaitu hasil karya Raja Ali Haji,
seorang tokoh ssterawan Indonesia. Gurindam Dua Belas dilihat sebagai sebuah
teks karya sastera. Objektif kajian adalah untuk melihat falsafah dan pemikiran
Raja Ali Haji yang sebenar serta mengkaji mesej dan pengajaran dalam Gurindam
Dua Belas. Gabungan kaedah kajian dalaman tersurat dan kaedah kajian dalaman
tersirat untuk mengenali keperibadian pengkaryanya iaitu Raja Ali Haji melalui
teks Gurindam Dua Belas. Di samping itu, Gurindam Dua Belas Berperanan sebagai
teks yang membicarakan aspek keilmuan dan pengajaran dalam Islam iaitu mengenai
akidah, syariat, akhlak serta ilmu tasawuf, manakala sumbangan Gurindam sebagai
sumber hiburan, sumber ilmu (sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan agama)
bagi mempertajam minda. Teks Gurindam Dua Belas dikaji secara Kualitatif kepada
mesej dalam gurindam dua belas seperti nilai-nilai murni, pemikiran falsafah
dan juga aspek gaya bahasa. Semua data dan maklumat yang diperolehi dihuraikan
secara diskriptif. Semasa mentafsir dan menilai teks Gurindam Dua Belas iaitu
untuk melihat kepengarangan dan estetika serta mengenali diri pengkaryanya bagi
mengesan mesej dari aspek ilmu agama, nilai-nilai murni, pemikir dan falsafah
yang tersurat serta tersirat. Maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian
kepustakaan dan kajian teks. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku,
tesis, kertas kerja dan jurnal yang memperkatakan tentang puisi tradisional dan
Gurindam Dua Belas sebagai sorotan kajian.
1.1 Latar Belakang Penulis
Raja
Ali Haji bin Raja Haji Ahmad, merupakan salah seorang tokoh pujangga Melayu
yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Pulau Penyengat, Riau. Beliau
merupakan cucu kepada Raja Haji, atau lebih dikenali sebagai Marhum Teluk
Ketapang yang syahid di Melaka sewaktu berperang menentang Belanda. Salasilah
beliau kemudiannya disusurgalurkan lagi hingga kepada Daeng Chelak, salah
seorang daripada lima daeng yang memainkan peranan penting dalam sistem politik
di bahagian Barat alam Melayu suatu ketika dahulu (Mohd Taib Osman 1976).
Pengaruh dan ketokohan beliau dalam bidang keilmuan bermula semenjak kecil lagi
apabila beliau mendalami ilmu bahasa dan keagamaan di Mekah. Pada zaman
pemerintahan Raja Ali, beliau memainkan peranan sebagai perdana menteri dan
penasihat agama, sesuai dengan kebolehan beliau yang menguasai ilmu nahu,
usuluddin, fiqh, dan tasauf (Mohd Pozi Haji Masurori 1997). Dalam bidang
penulisan pula, Raja Ali Haji merupakan penulis pertama yang memberi definisi
lengkap mengenai gurindam. Istilah gurindam sebelum itu tidak memiliki ciri dan
bentuk yang khusus, sebaliknya hanya dianggap
sebagai ungkapan puisi biasa yang berbeza daripada pengucapan seharian.
Selain itu, beliau juga merupakan pengarang Melayu pertama yang mengaplikasikan
sistem pentarikhan ke dalam karya secara tepat dan jelas.
Kehebatan
Raja Ali Haji sebagai tokoh pujangga Melayu juga terserlah melalui hasil
tulisannya yang pelbagai. Kearifan beliau tidak sekadar terhad dalam bidang
agama semata-mata, sebaliknya beliau turut berkarya dalam lapangan disiplin
ilmu yang lain seperti bahasa, sejarah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang
dihasilkan oleh beliau termasuklah Syair Sultan Abdul Muluk(1847), Bustan
Al-Katibin (1851), Thamarat Al-Muhimmah (1857), Mukaddimah Fi-Intizam
(1857),Ikat-ikatan Dua Belas Puji (1857), Kitab Pengetahuan Bahasa (1858),
Gurindam Dua Belas (1864),Silsilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat Al-Nafis
(1865). Dalam himpunan karya-karya
tersebut,Tuhfat Al-Nafis merupakan karya yang amat terkenal,. Karya tersebut
dilihat begitu identik dengan diri beliau malah memainkan peranan sebagai
magnum opus atau karya agung yang pernah dihasilkan oleh Raja Ali Haji. Namun
demikian, Gurindam Dua Belas turut mempunyai mempunyai kedudukannya yang
tersendiri. Meskipun dalam bentuknya yang ringkas, kelebihan Gurindam Dua Belas
adalah terletak kepada daya pemikiran dan falsafahnya yang tinggi. Dalam
ungkapan yang padat, Raja Ali Haji masih mampu menggabungjalinkan unsur estetika
luaran dan keindahan dalaman. Istilah dan gaya bahasa yang digunapakai tidak
bersifat lokal semata-mata, sebaliknya turut dipengaruhi pengaruh dan susunan
nahu bahasa Arab (Shafie Abu Bakar 1996).
1.2 Gurindam 12
Gurindam
12 merupakan salah satu hasil penulisan Raja Ali Haji yang sangat terkenal.
Gurindam ini ditulis oleh beliau pada tahun 1864.
Raja Ali Haji menulis Gurindam 12
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya. Kumpulan gurindam ini
terdiri dari dua belas fasal, berkaitan tentang ibadah, kewajiban raja,
kewajiban anak, kewajiban orang tua, budi pekerti, dan hidup bermasyarakat.
Gurindam Dua Belas dapat dikatakan berisi nasihat Raja Ali Haji untuk rakyatnya
khususnya dan pembaca umumnya.
Berikut merupakan perkara yang
terkandung dalam Gurindam 12:
Gurindam I
Barang siapa tiada memegang agama,sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa tiada memegang agama,sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang
siapa mengenal yang empat,maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang
siapa mengenal Allah,suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang
siapa mengenal diri,maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang
siapa mengenal dunia,tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang
siapa mengenal akhirat,tahulah Ia dunia mudarat.
Gurindam II
Barang siapa mengenal yang tersebut,tahulah ia makna takut.
Gurindam II
Barang siapa mengenal yang tersebut,tahulah ia makna takut.
Barang
siapa meninggalkan sembahyang,seperti rumah tiada bertiang.
Barang
siapa meninggalkan puasa,tidaklah mendapat dua termasa.
Barang
siapa meninggalkan zakat,tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang
siapa meninggalkan haji,tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam III
Apabila terpelihara mata,sedikitlah cita-cita.
Gurindam III
Apabila terpelihara mata,sedikitlah cita-cita.
Apabila
terpelihara kuping,khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila
terpelihara lidah,niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan,daripada segala berat dan ringan.
Apabila
perut terlalu penuh,keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota
tengah hendaklah ingat,di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah
peliharakan kaki,daripada berjaian yang membawa rugi.
Gurindam IV
Hal kerajaan di dalam tubuh,jikalau alim segala anggotapun rubuh.
Gurindam IV
Hal kerajaan di dalam tubuh,jikalau alim segala anggotapun rubuh.
Apabila
dengki sudah bertanah,datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat
dan memuji hendaklah pikir,di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan
marah jangan dibela,nanti hilang akal di kepala.
Jika
sedikitpun berbuat bohong,boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda
orang yang amat celaka,aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil
jangan diberi singgah,itupun perampok yang amat gagah.
Barang
siapa yang sudah besar,janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang
siapa perkataan kotor,mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana
tahu salah diri,jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam V
Jika hendak mengenai orang berbangsa,lihat kepada budi dan bahasa,
Gurindam V
Jika hendak mengenai orang berbangsa,lihat kepada budi dan bahasa,
Jika
hendak mengenal orang yang berbahagia,sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika
hendak mengenal orang mulia,lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika
hendak mengenal orang yang berilmu,bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika
hendak mengenal orang yang berakal,di dalam dunia mengambil bekal.
Jika
hendak mengenal orang yang baik perangai,lihat pada ketika bercampur dengan
orang ramai.
Gurindam VI
Cahari olehmu akan sahabat,yang boleh dijadikan obat.
Gurindam VI
Cahari olehmu akan sahabat,yang boleh dijadikan obat.
Cahari
olehmu akan guru,yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari
olehmu akan isteri,yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari
olehmu akan kawan,pilih segala orang yang setiawan.
Cahari
olehmu akan abdi,yang ada baik sedikit budi,
Gurindam VII
Apabila banyak berkata-kata,di situlah jalan masuk dusta.
Gurindam VII
Apabila banyak berkata-kata,di situlah jalan masuk dusta.
Apabila
banyak berlebih-lebihan suka,itulah landa hampirkan duka.
Apabila
kita kurang siasat,itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila
anak tidak dilatih,I'ika besar bapanya letih.
Apabila
banyak mencela orang,itulah tanda dirinya kurang.
Apabila
orang yang banyak tidur,sia-sia sahajalah umur.
Apabila
mendengar akan khabar,menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila
menengar akan aduan,membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila
perkataan yang lemah-lembut,lekaslah segala orang mengikut.
Apabila
perkataan yang amat kasar,lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila
pekerjaan yang amat benar,tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam VIII
Barang siapa khianat akan dirinya,apalagi kepada lainnya.
Gurindam VIII
Barang siapa khianat akan dirinya,apalagi kepada lainnya.
Kepada
dirinya ia aniaya,orang itu jangan engkau percaya.
Lidah
yang suka membenarkan dirinya,daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada
memuji diri hendaklah sabar,biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang
yang suka menampakkan jasa,setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan
diri sembunyikan,kebalikan diri diamkan.
Keaiban
orang jangan dibuka,keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam IX
Tahu pekerjaan tak baik,tetapi dikerjakan,bukannya manusia yaituiah syaitan.
Gurindam IX
Tahu pekerjaan tak baik,tetapi dikerjakan,bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan
seorang perempuan tua,itulah iblis punya penggawa.
Kepada
segaia hamba-hamba raja,di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan
orang yang muda-muda,di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan
laki-laki dengan perempuan,di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun
orang tua yang hemat,syaitan tak suka membuat sahabat
Jika
orang muda kuat berguru,dengan syaitan jadi berseteru.
Gurindam X
Dengan bapa jangan durhaka,supaya Allah tidak murka.
Gurindam X
Dengan bapa jangan durhaka,supaya Allah tidak murka.
Dengan
ibu hendaklah hormat,supaya badan dapat selamat.
Dengan
anak janganlah lalai,supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan
isteri dan gundik janganlah alpa,supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan
kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Gurindam XI
Hendaklah berjasa,kepada yang sebangsa.
Gurindam XI
Hendaklah berjasa,kepada yang sebangsa.
Hendaklah
jadi kepala,buang perangai yang cela.
Hendaklah
memegang amanat,buanglah khianat.
Hendak
marah,dahulukan hajat.
Hendak
dimulai,jangan melalui.
Gurindam XII
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Raja muafakat dengan menteri,seperti kebun berpagarkan duri.
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Raja muafakat dengan menteri,seperti kebun berpagarkan duri.
Betul
hati kepada raja,tanda jadi sebarang kerja.
Hukum
adil atas rakyat,tanda raja beroleh anayat.
Kasihan
orang yang berilmu,tanda rahmat atas dirimu.
Hormat
akan orang yang pandai,tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan
dirinya mati,itulah asal berbuat bakti.
Akhirat
itu terlalu nyata,kepada hati yang tidak buta.
2.0 Falsafah dan Idealisme
Idealisme
dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan
kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung
khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau
mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F
Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea,
fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau
kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa
idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan
sesuatu bentuk karya sastera.Maksud falsafah pula, ia dimaksudkan sebagai
pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:
406). Ilmu yang dimaksudkan tersebut adalah pengetahuan yang amat luas kepada
sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada semua ilmu berkaitan dengan hal
tersebut. Bagi Hashim Hj. Musa pula, falsafah disifatkan oleh beliau sebagai
kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh
pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan
manusia. Pentakrifan yang dibuat oleh tokoh Melayu ini masih lagi berkisar
mengenai cakupan keseluruhan ilmu dan bidang tentang pengetahuan manusia.
Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh
tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan
idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian
kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak
pembaca. Dalam pada itu, para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen
ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya
tersebut dengan lebih mudah.
Jelaslah bahawa penerapan idelisme dan
falsafah dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam pengoperasian sesuatu
karya agung. Dalam pembicaraan yang dilaksanakan tertumpu kepada empat, iaitu
idealisme bersumberkan alam, falsafah bahasa, falsafah Islam dan falsafah
Melayu.
2.1 Falsafah dan Idealisme Penulis Berkaitan Etika
Analisis
dalam Gurindam 12 Karya Raja Ali Haji banyak mengetengahkan hal-hal berkaitan
etika. Menurut Mohd Rashid Md. Idris et.
al (2014) Etika merupakan bidang pemikiran berkaitan moral, pendidikan dan
pengajaran. Hal ini bermaksud, falsafah penulis dalam gurindamnya banyak
menasihati pembaca atau pendengarnya supaya mementingkan nilai etika dalam
kehidupan. Sebagai contoh boleh dilihat dalam gurindam fasal yang kelima
seperti di bawah:
Gurindam V
Jika hendak mengenai orang berbangsa,lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenai orang berbangsa,lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,sangat memeliharakan yang
sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,bertanya dan belajar tiadalah
jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang
baik perangai,lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
(Gurindam
12, 1864: fasal kelima)
Berdasarkan Gurindam 12 fasal
kelima, Raja Ali Haji banyak mengetengahkan idealisme beliau mengenai nilai
etika seperti mencontohi orang yang berbudi bahasa, mencontohi kelakuan yang
mulia, menjadi orang yang berilmu dan menjadi orang yang baik. Hal ini
bermaksud terdapat banyak perkara dalam gurindam ini berkaitan dengan moral.
Oleh hal yang demikian jelas dapat dilihat falsafah pemikiran Raja Ali Haji
dalam Gurindam 12 mengajarkan hal-hal berkaitan dengan etika.
2.2 Falsafah
dan Idealisme Penulis Berkaitan Sosial
Raja
Ali Haji juga dilihat meletakkan pemikirannya dalam penulisan gurindamnya
berkaitan sosial. Sosial di sini bermaksud, gambaran kehidupan realiti manusia
yang kontekstual Mohd Rashid Md. Idris et.
al (2014). Sosial juga dalam erti kata lain dalam lingkungan kita hidup
bermsyarakat dan kita hidup bergaul dengan orang lain. Oleh hal yang demikian, seharusnya
apabila hidup bermsyarakat harus menjaga kelakuan, tatasusila,menghormati dan
sebagainya. Hal ini dapat dilihat dalam gurindam fasal ke empat di bawah:
Hal kerajaan di dalam tubuh,jikalau alim segala anggota pun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,di situlah banyak orang yang
tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,jika
tidak orang lain yang berperi.
(Gurindam
12, 1864 : Fasal keempat)
Berdasarkan
gurindam fasal ke empat di atas, penulis banyak menyentuh berkaitan etika
supaya menjaga maruah diri, tidak menjadi seorang yang suka cemburu atau dengki
dengan kelebihan orang lain. Selain itu, penulis juga menyeru supaya tidak
menjadi orang yang suka mengumpat atau mudah lupa diri apabila dipuji. Penulis
juga melarang perbuatan buruk seperti cepat marah, kerana apabila amarah
menguasai diri, tindakan bodoh pasti akan dilakukan seperti orang yang hilang
akal. Penulis juga menyentuh tentang sifat suka berbohong, jangan bersikap
kedekut serta jangan menjadi orang yang mudah lupa diri sekiranya telah menjadi
orang berada atau menjadi orang yang berjaya. Penulis juga menyeru supaya
jangan bercakap perkara yang kotor mengutuk atau mengeji orang lain.
Berdasarkan maksud gurindam yang
dianalisis, jelaslah menunjukkan bahawa Raja Ali Haji banyak menekankan hal-hal
hidup bersosial dalam masyarakat yang harus dijaga.
2.3 Falsafah dan Idealisme Penulis Berkaitan Politik
Aplikasi
dan tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara
Raja muafakat dengan menteri,seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,kepada hati yang tidak buta.
(Gurindam
12, 1864:fasal yang kedua belas)
Berdasarkan
Gurindam 12 fasal kedua belas, didapati Raja Ali Haji turut menyentuh hal
berkaitan Raja dan juga rakyat. Dalam gurindam ini penulis memberikan nasihat
supaya raja haruslah bekerjasama dengan menteri manakala menteri pula haruslah
setia melaksanakan tugasan dan patuh kepada raja. Raja juga disuruh supaya adil
terhadap rakyat, mengasihi orang yang berilmu, menghormati orang yang pandai.
Oleh hal yang demikian, jelaslah
juga bahawa dalam Gurindam 12 karya Raja Ali Haji ini, menunjukkan juga bahawa
ada pemikiran penulis berkaitan hal-hal politik terutamanya kepada pemimpin
supaya menjadi pemimpin yang baik.
3.0 Kepengarangan dan Estetika
Estetika
atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Menurut Mohd Rashid Md. Idris et. al (2014) perkataan sastera berasal daripada perkataan Sanskrit
yang merujuk kepada karya yang indah. Estetika ialah rasa keindahan,
keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta
penikmatan yang mempersonakan atau penglihatan yang memukau, yang dapat menawan
perasaan dan terpahat dalam fikiran. Keindahan ialah daya tarikan dalam penikmatan
karya sastera terhadap aspek susunan unsur struktur yang harmonis yang memiliki
perasaan, pemikiran dan sebagainya.
Pengalaman
keindahan ialah apabila kita merasa kesan yang menarik,mengkagumkan,
menyedihkan atau yang memeranjatkan.Kekuatan olahan bererti kekuatan teknik dan
pencernaan pelbagai aspek dan kompenan yang membina sebuah karya.
Gurindam
Dua Belas mengandungi dua belas fasal yang membincangkan pelbagai persoalan
kehidupan manusia, sama ada kehidupan di dunia, mahupun di akhirat. Antara
persoalan yang terkandung dalam puisi tersebut termasuklah mengenai akidah dan
tasauf, syariat rukun Islam, kepentingan akhlak, serta konsep pemerintahan.
Setiap fasal dilihat berupaya menyentuh jiwa kesedaran masyarakat, sekaligus
memainkan peranan penting bagi membentuk nilai keperibadian insan berlandaskan
syariat Islam. Nilai-nilai Islam yang disusun dan digarap dalam Gurindam Dua
Belas, secara tidak langsung mencerminkan contoh insan yang memiliki kualiti
serta jati diri yang indah dan sempurna. Hal ini semua berkaitan kepengarangan
Raja Ali Haji.
Antara
contoh yang menunjukkan terkandungnya keindahan Islam yang terdapat dalam
Gurindam 12, adalah seperti di bawah:
Barang siapa tiada memegang agama,sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,tahulah Ia dunia mudarat.
(Gurindam
12, 1864:fasal yang pertama)
Barang siapa mengenal yang
tersebut,tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan
sembahyang,seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan
puasa,tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan
zakat,tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan
haji,tiadalah ia menyempurnakan janji.
(Gurindam
12, 1864:fasal yang kedua )
Dalam
Gurindam 12 fasal pertama dan fasal kedua ini, sememangnya jelas menunjukkan
bahawa penulis menggunakan bahasa yang indah dan tidak menyentuh hal-hal yang
sensitif apabila penulis menasihati hal-hal berkaitan agama Islam. Dalam ayat
yang indah, menarik dan ringkas, memudahkan pembaca atau pendengar memahami
perkara yang ingin disampaikan dalam Gurindam ini. Dalam rangkap pertama
gurindam ini, penulis menyuruh supaya masyarakat haruslah berpegang teguh
kepada agama dan apabila hidup mengenali tuhan, sudah pasti memperoleh
keberkatan, hidup haruslah mengenali diri supaya kita mengingati pencipta.
Selain itu, Raja Ali haji juga menyatakan sesiapa yang tahu bahawa dunia yang
sebenar-benarnya hanyalah tempat yang penuh tipu daya dan haruslah mengetahui
tentang akhirat kerana dunia hanyalah tempat singgahan sementara.
Dalam Gurindam 12 fasal kedua pula
Raja Ali Haji menyatakan tentang kewujudan Allah. Sesungguhnya Allah itu wujud,
dan haruslah kita berasa takut untuk melakukan dosa. Penulis juga menyentuh
tentang rukun Islam supaya tidak meninggalkan solat kerana sembahyang merupakan
tiang agama. Begitu juga dengan puaa haruslah tidak ditinggalkan, mengeluarkan
zakat serta menunaikan haji.
Oleh itu, jelaslah bahawa dalam
kedua-dua rangkap yang terkandung dalam Gurindam 12 ini, penulis menyentuh hal
berkaitan agama Islam dalam kepengarangannya tentang agama yang disebarkan
sebagai pesanan kepada masyarakat dalam bentuk gurindam.
Raja
Ali Haji juga menyentuh nilai berkaitan akhlak diri atau akidah dalam
gurindamnya. Berikut merupakan gurindam yang mengandungi hal tersebut:
Apabila terpelihara mata,sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,daripada segala berat dan
ringan.
Apabila perut terlalu penuh,keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,di situlah banyak orang yang hilang
semangat
Hendaklah peliharakan
kaki,daripada berjaian yang membawa rugi.
(Gurindam 12, 1864:fasal yang ketiga )
Apabila banyak berkata-kata,di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat
benar,tidak boleh orang berbuat onar.
(Gurindam
12, 1864:fasal yang ketujuh)
Dalam
Gurindam 12 fasal ketiga dan ketujuh karya Raja Ali Haji ini jelas menunjukkan
bahawa beliau menyentuh hal-hal keperibadian, akhlak dan akidah yang harus ada
dalam diri manusia. Raja Ali Haji menasihati masyarakat dengan gaya yag indah
dalam kepengarangannya serta dengan bahasa kiasan yang mudah menyebabkan
pembaca atau pendengar tidak merasakan bahawa nasihat ini diberikan secara
kasar atau berlebih-lebihan. Dalam fasal ketiga Gurindam 12 ini, penulis
menyatakan tentang kepentingan menjaga mata, telinga, lidah, tangan,perut, hati
dan kaki. Kesemua anggota badan ini haruslah dijaga sebaiknya supaya tidak
melakukan hal-hal yang boleh merosakkan akhlak dan akidah seseorang itu.
kepentingan menjaga mata supaya tidak melihat perkara yang tidak baik akan membatasi
kita dari melakukan keburukan, begitu juga dengan hal menjaga telinga dan lidah
daripada mendengar perkara serta berkata tentang perkara yang tidak baik
seperti mendengar orang mengumpat atau mengumpat tentang keburukan orang lain.
Dalam
fasal ketujuh Gurindam 12 ini pula, Raja Ali Haji menyentuh hal berkaitan
akhlak sepertimana dalam Gurindam 12 fasal ketiga. Penulis menasihati supaya
diri pembaca atau pendengar tidak banyak berkata-kata hal yang sia-sia kerana
orang yang banyak bercakap selalunya dusta. Penulis juga menasihati supaya
tidak berlebihan apabila ketawa kerana pasti akan ada kesedihan yang
menyebabkan kita akan menangis pula. Selain itu, penulis menyentuh tentang
jangan mencela orang, jangan tidur berlebihan, jangan bertingkah-laku kasar
kerana semua perbuatan itu adalah tidak baik dan mengundang kebencian orang
terhadap diri.
Oleh
hal yang demikian, jelaslah dari sudut kepengarangan penulis menyentuh hal
berkaitan akidah atau akhlak.
4.0 Kesimpulan
Gurindam
12 karya Raja Ali Haji adalah salah satu naskah Nusantara yang sangat bernilai
kepada masyarakat. Kumpulan gurindam ini merupakan salah satu bentuk penyebaran
ilmu oleh Raja Ali Haji. Beliau memberikan bimbingan moral yang berkaitan
agama pada rakyatnya melalui karyanya ini. Tanpa meningggalkan keindahannya sebagai
karya sastera, Gurindam 12 memberikan ajaran dan nasihat tentang ibadah,
kewajiban raja, kewajiban anak, kewajiban orang tua, budi pekerti, dan hidup
bermasyarakat yang dapat dijadikan pedoman hidup semua golongan dalam
masyarakat. Gurindam Dua Belas merupakan pusaka bangsa Melayu yang perlu
dilestarikan. Naskah Gurindam Dua Belas mencirikan kebudayaan bangsa Melayu yang
sangat memegang teguh nilai-nilai agama/religius, nilai moral, nilai keindahan,
dan nilai kebenaran/ keyakinan. Oleh itu, keadaan ini menunjukkan keteguhan nilai ini sudah dipesan atau
disampaikan sejak beratus tahun yang lalu. walaupun nilai-nilai tersebut sudah
mulai pudar bahkan mulai hilang dari diri bangsa Melayu, keadaan ini merupakan
kewajiban kita bersama untuk terus saling mengingatkan jika ada kesalahan yang dilakukan
oleh anggota masyarakat yang lain.
Rujukan
Azhar Hj. Wahid dan Zawawi Jahya. (2012). Pendidikan Pembangunan Modal Insan.
Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2011). Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koentjaraningrat. (2003) Pengantar Antropologi I. Jakarta: Rineka
Cipta
Mohd Rashid Md. Idris, Sri Lanang Jaya
Hj. Rohani et. al. (2014). Karya Agung
Melayu.Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mu’jizah dan Maria Indra Rukmi.
(1998) Penelusuran Penyalinan Naska Naskah Riau
Abad XIX: Sebuah Kajian Kodikologi.
Jakarta: FSUI.
Cinta Ahli Bait
ReplyDeleteAbu Hurairah bercerita : “Rasulullah Saw datang kepada kami bersama ke dua cucu beliau, Hasan dan Husein. Yang pertama di bahu beliau yang satu, yang ke dua di bahu beliau yang lain. Sesekali Rasulullah menciumi mereka, sampai berhenti di tempat kami berada. Kemudian beliau bersabda :
”Barang siapa mencintai keduanya ( Hasan dan Husein ) berarti juga mencintai daku; barang siapa membenci keduanya berarti juga membenci daku”.
Pada hadits yang lain :
ح س ين وا ا ن ح س ين اح , ن اح ح س ي ا , ح س ين س بط ن الأ س باط .
( رواه ( ا ر
“Husein adalah bagian dari diriku dan aku adalah bagian dari diri Husein. Semoga Allah swt mencintai orang yang mencintai Husein. Husein adalah salah satu cucu diantara para cucuku”.
( HR. Turmudzi )