1.0 Pendahuluan
Novel yang berjudul Laskar Pelangi merupakan sebuah novel
yang pertama ditulis Andrea Hirata. Selain itu, Andrea Hirata turut
menghasilkan beberapa buah novel lain seperti Sang Pemimpi, Endesor, serta
Maryyamah Karpov. Namun begitu, novel Laskar Pelangi merupakan sebuah buku
sastera yang terlaris di Indonesia dan seterusnya novel ini diterbitkan di
seluruh dunia dalam dicetak dalam pelbagai bahasa.
Novel
ini mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak yang tinggal di Belitong. Andrea
Hirata menulis cerita ini berdasarkan situasi pendidikan di Indonesia pada
ketika itu. Ceritanya bermula dengan sebuah sekolah yang serba kekurangan dan
sangat daif yang hanya menunggu masa untuk ditutup kerana kekurangan murid.
Nama sekolah tersebut adalah SD Muhammadiyah yang terletak di Gantung Belitung
Timur. Sekolah itu akan ditutup sekiranya murid-murid kurang daripada 10 orang.
Namun begitu, sekolah itu tidak ditutup kerana pada hari pertama pembukaannya,
murid-murid yang diperoleh seramai 10 orang. 10 orang murid itulah yang digelar
Laskar Pelangi.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), Laskar
bermaksud tentera atau pasukan manakala dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
menyatakan bahawa Laskar adalah askar, Berbalik semula kepada cerita Laskar
Pelangi, nama ini diberikan oleh guru mereka iaitu Bu Mus. Bu Mus pada waktu
itu memerhatikan gelagat anak muridnya yang begitu asyik melihat pelangi yang
terbit selepas waktu hujan dan murid-muridnya begitu kagum melihat pelangi
tersebut dan mereka sukakannya.
Sepuluh
watak kanak-kanak yang menghiasi novel ini ialah Ikal, Lintang, Sahara, Mahar,
A Kiong, Syah dan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun. Novel ini banyak
mengisahkan tentang kehidupan seharian murid-murid ini di sekolah. 10 orang
murid-murid ini merupakan anak kampung yang miskin tetapi mempunyai keupayaan
yang luar biasa. Mereka menjalani kehidupan dalam keluarga yang berbeza. Namun
begitu, mereka mampu menjadi sahabat yang baik antara satu sama lain. Pada
awalnya, penulis memfokuskan pada watak ‘aku’ iaitu Ikal. Ikal merupakan
seorang anak yang pandai. Ikal mempunyai minat yang sangat tinggi dalam
sastera. Hal ini dapat dilihat dalam cerita ini yang Ikal sangat gemar menulis
puisi. Selain itu, sahabatnya Lintang merupakan seorang yang genius. Lintang
merupakan seorang anak nelayan yang miskin dan mempunyai adik-beradik yang
ramai iaitu seramai 14 orang. Lintang sangat pintar dalam mata pelajaran
Matematik. Dia mampu mencongak angka tanpa menggunakan lidi. Namun cita-citanya
menjadi seorang pakar dalam Matematik terhalang setelah
kematian ayahnya. Apabila ayahnya meninggal dunia, kehidupannya menjadi
bertambah sukar.
Sahara
merupakan satu-satunya watak anak perempuan dalam cerita ini dalam kalangan 10
orang sahabat ini. Sahara berpendirian teguh dan seorang yang keras kepala.
Mahar pula meminati bidang seni. Setiap hari dia membawa radio buruknya ke
sekolah. Mahar suka menyanyi, dan dalam cerita ini turut menghiburkan apabila
Mahar menyanyikan lagu Seroja. A Kiong dalam cerita ini pula salah seorang anak
keturunan Tiongha. Tiongha suka berkawan dengan Mahar. Watak seterusnya adalah
Syahdan yang merupakan seorang yang ceria walaupun tidak menonjol di dalam
kelas. Kucai pula merupakan ketua kelas. Kucai mengalami masalah penglihatan
iaitu rabun jauh. Borek pula seorang yang sangat taksub untuk membina otot
badan. Dia ingin menjadi seorang lelaki yang hebat dan menarik. Baginya lelaki
yang menarik, mestilah memiliki tubuh badan yang berotot.Trapani pula seorang
yang pintar dan tampan dan yang terakhir ialah Harun. Harun merupakan
kanak-kanak istimewa dalam kisah ini dan akalnya tidak seperti kanak-kanak
lain.
Dalam
cerita ini, walaupun kanak-kanak ini menjalani hidup yang sukar untuk berjaya
dan mengejar cita-cita mereka, kesungguhan dalam menuntut ilmu mengatasi
segala-galanya. Cerita ini bukan sekadar memberi iktibar tentang kesungguhan
murid-murid ini, tetapi sangat berguna kepada semua pendidik untuk berusaha
mengubah nasib anak-anak murid. Bagi pembaca, Laskar Pelangi adalah sebuah
Novel Sastera yang sangat menyentuh kalbu dalam gaya penulisannya yang
bersederhana dan penceritaanya mengetengahkan watak kanak-kanak yang baik dan
tulus telah berjaya memikat seluruh pembaca.
2.0 Sinopsis Novel Laskar Pelangi
Novel Laskar Pelangi dimulakan dengan suasana yang
berlaku semasa hari pendaftaran pelajar darjah satu di Sekolah Dasar
Muhammadiyah di Pulau Belitong. Situasi yang berlaku ialah hanya terdapat
sembilan orang yang mendaftar di sekolah tersebut menyebabkan mereka berasa
risau kerana pembukaan sesebuah sekolah mestilah memiliki sekurang-kurangnya 10
orang pelajar. Guru besar sekolah tersebut ialah Pak Harfan dan Bu Mus sebagai
guru di sekolah tersebut.
Saat-saat
terakhir sekolah tersebut akan diumumkan untuk ditutup, Harun muncul bersama
ibunya. Harun berusia 15 tahun dan kurang berkeupayaan. Harun merupakan
penyelamat sekolah tersebut untuk terus beroperasi. Melalui sekolah tersebut,
mereka bersahabat antara satu sama lain.
Antara pelajar di sekolah tersebut ialah ikal, harun, syahdan, A.Kiong, Kucai,
Borek, Sahara, Trapani,Mahar dan Lintang.
Kisah
dalam Laskar Pelangi banyak memaparkan seorang guru yang bernama Bu Muslimah
iaitu seorang guru yang penuh komitmen dalam memastikan anak didiknya berjaya.
Bu muslimah juga digambarkan seorang yang prihatin serta penyayang terhadap
anak didiknya.
Seterusnya,
Laskar Pelangi mengisahkan tentang ragam kejadian yang penuh dengan suka dan
duka kesepuluh pelajarnya. Namun, terdapat seorang pelajar yang baru memasuki
sekolah tersebut iaitu pelajar wanita kedua yang bernama
Flo.
12 tahun
kemudian, kesemua pelajar mencapai dewasa. Mereka berjuang untuk menggapai
cita-cita masing-masing. Kesemua menjalani liku hidup dengan penuh cabaran demi
masa depan. Ada dalam kalangan mereka yang berjaya mencapai cita-cita. Namun
ada juga yang hanya mampu berserah pada takdir dan menjalani seperti kehidupan
biasa. Dan akhirnya mereka semua dengan
perjuangan yang keras dan gigih mendapatkan apa yang mereka cita-citakan.
3.0 Isi dan Mesej
Menurut Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan
Seri Lanang Jaya Rohani (2014:69), menyatakan bahawa pemikiran bermula dengan
idea, yang kemudiannya dimatangkan oleh pengarang menjadi subjek, akhirnya
menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. Setiap pengarang
mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian
menjelmakannya menjadi mesej , mutiara dan permata karya. Berdasarkan novel
Laskar Pelangi yang digarap oleh Andrea Hirata, terdapat pelbagai isi dan mesej
yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Antara isi dan mesej tersebut ialah kepentingan pendidikan, kesungguhan menimba
ilmu, pengorbanan seorang guru dan kemiskinan.
3.1 Pendidikan
Isi dan mesej utama
yang ingin disampaikan oleh Andrea Hirata dalam novel Laskar Pelangi ialah
mesej tentang kepentingan pendidikan. Bidang pendidikan amat penting untuk
membangunkan sesebuah masyarakat untuk terus maju. Pendidikan juga mampu
melahirkan seorang individu yang budiman dan dengan pendidikan yang dimilikinya
mampu mencurah bakti serta membangunkan masyarakatnya sendiri. Berdasarkan
novel ini, pengarang telah menonjolkan watak masyarakat yang mengharapkan
anak-anak mereka memperoleh pendidikan. Antara contoh teks dalam novel Laskar
Pelangi yang menunjukkan mesej kepentingan pendidikan ialah:
Pagi
itu, waktu aku masih kecil, aku duduk di bangku panjang di depan sebuah kelas.
Sebatang pohon tua yang riang meneduhiku, ayahku duduk di sampingku, memeluk
pundakku dengan kedua lengannya dan tersenyum menganggu-angguk pada setiap
orangtua dan anak-anaknya yang duduk berderet-deret di bangku panjang lain di
depan kami. Hari itu amat penting: hari pertama masuk SD.
(Laskar
Pelangi, 2008:10)
…guru-guru yang sederhana ini berada dalam situasi
genting karena pengawas sekolah dari Depdiknas Sumsel telah memperingatkan
bahwa jika SD Muhammadiyah hanya mendapat murid baru kurang dari sepuluh orang
maka sekolah paling tua di Belitong ini harus ditutup.
(Laskar Pelangi, 2008 :12)
Harun telah menyelamatkan kami dan kami bersorak. Sahara berdiri tegak
merapikan lipatan jilbabnya yang menyandang tasnya dengan gagah, ia tidak mau
duduk lagi. Bu Mus tersipu. Air mata guru ini surut dan ia menyeka keringat di
wajahnya yang belepotan karena bercampur dengan bedak tepung beras.
(Laskar Pelangi, 2008 :15)
3.2 Kesungguhan
Menimba Ilmu
Andrea
Hirata juga menonjolkan mesej berkaitan kesungguhan para pelajar si SD
Muhammadiyah dalam menimba ilmu. Mereka sangat teruja untuk memulakan hari
persekolahan. Walaupun sekolah tempat mereka belajar agak daif, tetapi perkara
tersebut tidak menjadikan alasan untuk mereka tidak meneruskan sesi
persekolahan. Anatar contoh teks yang menunjukkan kesungguhan menimba ilmu
dalam kalangan pelajar SD Muhammadiayah:
Mendengar keputusan itu Lintang meronta-ronta ingin
segera masuk kelas. Ayahnnya berusaha keras menenangkannya, tapi ia
memberontak, menepis pegangan ayahnya, melonjak, dan menghambur ke dalam kelas
mencari bangku kosongnya sendii. Di bangku itu ia seumpama belita yang
dinaikkan ke atas tank, girang tak alang kepalang, tak mau turun lagi.
(Laskar Pelangi, 2008:16-17)
Pernah suatu ketika hujan turun amat lebat, petir sambar
menyambar. Trapani dan Mahar memakai terindak, topi keruncut dari daun lais
khas tentera Vietkong, untuk melindungi jambul mereka. Kucai, Borek dan Sahara
memakai jas hujan kuning bergambar gerigi metal besar di punggungnya dengan
tulisan “UPT Bel” (Unit Penambangan Timah Belitong)-jas hujan jatah PN Timah
milik bapaknya. Kami sisanya hamper basah kuyup. Tapi sehari pun kami tak
pernah bolos, dan kami tak pernah mengeluh.
(Laskar Pelangi, 2008:31)
Pagi itu Lintang terlambat masuk kelas. Kami tercengang
mendengar ceritanya.
“Aku tak bisa melintas. Seekor buaya sebesar pohon kelapa
tak mau berganjak, menghalang di tengah jalan. Tak ada siapa-siapa yang bias
kumintai bantuan. Aku hanya berdiri mematung, berbicara dengan diriku sendiri.
(Laskar Pelangi, 2008:67)
3.3 Pengorbanan
Seorang Guru
Tambahan
lagi, pengarang juga ingin menyampaikan mesej tentang pengorbanan seorang guru
ketika pembukaan sekolah. Selain itu, pengarang juga menonjolkan mesej seorang
guru yang hanya mempunyai pendidikan tahap ijazah mampu mengajar pelbagai mata
pelajaran di sekolah SD Muhammadiyah. Antara contoh teks yang menunjukkan
pengorbanan seorang guru adalah seperti berikut:
Lebih menarik membicarakan tentang orang-orang seperti
apa yang rela menghabiskan hidupnya bertahan di sekolah semacm ini. Orang-orang
itu tentu saja kepala sekolah kami Pak K.A Harfan Efendy Noor bin K.A Fadhilah
Zein Noor dan Ibu N.A Muslimah Hafsari Hamid binti K.A Abdul Hamid.
(Laskar
Pelangi, 2008:23 )
Lalu Pak Harfan mendinginklan suasana yang berkisah
tentang penderitaan dan tekanan yang dialami seorang pria bernama Zubir bin
Awam. Dulu nun di tahun 1929 tokoh ini bersusah payah, seperti Rasulullah
ketika pertama tiba di Madinah, mendirikan sekolah dari jerjak kayu bulat
seperti kandang. Itulah sekolah pertama di Belitong. Kemudian muncul para tokoh
seperti K.A. Abdul Hamid dan Ibrahim bin Zaidin yang berkorban habis-habisan
melanjutkan sekolah kandang itu menjadi sekolah Muhammadiyah. Sekolah ini
adalah sekolah Islam pertama di Belitong, bahkan mungkin di Sumatera Selatan.
(Laskar pelangi, 2008:25)
Di sekolah Muhammadiyah setiap hari aku membaca
keberanian berkorban semacam itu di wajah wanita muda ini. N.A. Muslimah
Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid, atau kami memanggilnya Bu Mus, hanya
memiliki selembar ijazah SKP (Sekolah Kepandaian Putri), namun beliau bertekad
melanjutkan cita-cita ayahnya-K.A. Abdul Hamid, pelopor sekolah Muhammadiyah di
Belitong-untuk terus mengobarkan pendidikan Islam.
(Laskar Pelangi, 2008:29)
Bagi kami Pak Harfan dan Bu Mus adalah pahlawan tanpa
tanda jasa yang sesungguhnya. Merekalah mentor, penjaga, sahabat, pengajar dan
guru spiritual…Mereka adalah ksatria pamrih, pangeran keihklasan, dan sumur
jernih ilmu pengetahuan di ladang yang ditinggalkan.
(Laskar Pelangi, 2008:31)
3.4 Kemiskinan
Andrea
Hirata juga menyelikan mesej tentang kehidupan masyarakat yang miskin.
Kehidupan masyarakat di Belitong terbahagi mengikut strata ekonomi. Masyarakat
Belitong juga terdiri daripada pelbagai taraf pekerjaan. Antara contoh teks
mesej yang menonjolkan kemiskinan masyarakat seperti yang berikut:
Aku tahu beliau sedang gugup dan aku maklum bahawa tak
mudah bagi seorang pria berusia empat puluh tujuh tahun, seorang buruh tambang
yang beranak banyak dan bergaji kecil, untuk menyerahkan anak laki-lakinya ke
sekolah. Lebih mudah menyerahkannya kepada tauke pasar pagi untuk jadi tukang
parut atau pada juragan pantai untuk jadi kuli kopra agar dapat membantu
ekonomi keluarga. Menyekolahkan anak berarti mengikatkan diri pada biaya selama
belasan tahun dan hal itu bukan perkara gampang bagi keluarga kami.
(Laskar Pelangi, 2008:11)
Agaknya selama turun temurun keluarga laki-laki cemara
angina itu tak mampu terangkat dari endemik kemiskinan komunitas Melayu yang
menjadi nelayan.
(Laskar Pelangi, 2008:17)
…Bapak Tionghoa berwajah ramah ini dikenali sebagai
seorang Tionghoa kebun, strata ekonomi terendah dalam kelas sosial orang-orang
Tionghoa di Belitong.
(Laskar Pelangi, 2008:27)
4.0 Nilai budaya
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), nilai
membawa maksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial (Mohd
Rashid Md Idris, 2011:12), nilai (value)
boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan
atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek
berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawaian kepada sesuatu kelakuan
manusia. Dalam bahasa Arab, nilai diistilahkan sebagai al-qimah yang lebih
merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai
membolehkan manusia membezakan antara yang baik dan buruk serta membezakan yang
betul dan salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja satu standard bagi
sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak
sesuatu perlakuan manusia.
Budaya
pula berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu Buddayah
yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi
yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya, ia membincangkan hal-hal
yang berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang luas pula bermaksud
segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa Inggeris,
budaya disebut culture, yang berasal
daripada perkataan Latin, iaitu colore
yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Budaya yang dimiliki oleh manusia
merupakan elemen yang membezakan manusia dengan hidupan lain. Istilah budaya
banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dalam disiplin ini, tiada perbezaan
antara “budaya” dengan “kebudayaan”.
Budaya
mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat
dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh
kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali
sebagai determinism atau penentuan
budaya dalam kalangan ahli antropologi. Selain itu, budaya juga adalah sesuatu
yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan
konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Budaya
juga turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu
pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni
dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Oleh itu,
budaya sebagai satu konsep yang menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan, serta
kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Nilai
budaya pula merupakan nilai-nilai yang disepakati dan diamalkan dalam suatu
masyarakat, sesebuah organisasi, lingkungan masyarakat, kepercayaan,
simbol-simbol, dengan ciri-ciri tertentu yang dapat dibezakan antara satu sama
lain. Nilai-nilai budaya menurut Rosyadi (1995:74)
merupakan sesuatu yang dianggap baik dan berharga oleh suatu kelompok
masyarakat atau suku bangsa yang belum tentu dipandang baik oleh kelompok
masyarakat atau suku bangsa lain kerana nilai budaya membatasi dan memberikan
karakteristik pada sutu masyarakat dan kebudayaannya. Nilai budaya merupakan
tingkat yang paling abstrak dari adat, hidup dan berakar dalam alam fikiran
masyarakat, dan sukar diganti dengan nilai budaya lain dalam waktu singkat.
4.1 Masyarakat yang mementingkan pendidikan
Dalam novel ‘Laskar Pelangi’ ini, terpamer dengan jelas
nilai budaya masyarakat yang mementingkan pendidikan. Ini jelas ditonjolkan
pada dialog berikut :
‘Kami bertetangga dan kami
adalah orang-orang Melayu Belitong dari sebuah komunitas yang paling miskin di
pulau itu. Adapun sekolah ini, SD Muhammadiyah juga sekolah kampung paling
miskin di Belitong. Ada tiga alasan mengapa para orang tua mendaftarkan anaknya
di sini. Pertama, kerana sekolah Muhammadiyah tidak menetapkan yuran dalam
bentuk apa pun, para orang tua hanya menyumbang sukarela semampu mereka. Kedua
kerana firasat anak-anak mereka dianggap memiliki karakter yang mudah
disesatkan iblis sehingga sejak usia muda harus mendapatkan pendadaran Islam yang
tertangguh. Ketiga kerana, anaknya memang tak diterima di sekolah mana pun’.
(Laskar
Pelangi: halaman 12)
Berdasarkan petikan
di atas, jelas menggambarkan masyarakat yang mementing budaya pendidikan kepada
anak-anak walaupun mereka miskin. Hidup mereka hanya cukup-cukup makan untuk
sebuah keluarga. Namun, ibu bapa ini mahu melihat anak-anak mereka berjaya dan
lebih baik daripada mereka. Pelbagai ranjau terpaksa ditempuh untuk memberi
pendidikan kepada anak-anak. Kehidupan ibu bapa ini begitu miskin, untuk
membelikan kelengkapan sekolah seperti baju sekolah, kasut, beg dan sebagainya
mereka tidak mampu. Oleh itu, mereka memilih SD Muhammadiyah untuk pendidikan
anak-anak kerana tidak menetapkan yuran kerana sekolah ini begitu daif dan
hanya itu yang termampu bagi keluarga ini seperti keluarga Lintang, Kucai,
Mahar, Syahdan dan sebagainya.
4.2 Budaya korporasi
Novel ini memaparkan budaya korporasi yang telah lama
diamalkan oleh masyarakat di Pulau Belitong ini. Budaya ini adalah seperti berikut
:
‘Pulau Belitong yang makmur
seperti mengasingkan diri dari tanah Sumatra yang membujur dan di sana mengalir
kebudayaan Melayu yang tua. Pada abad ke-19, ketika korporasi secara sistematik
mengeksploitasi timah, kebudayaan sahaja itu mulai hidup dalam karakteristik
sosiologi tertentu yang atribut-atributnya mencerminkan perbedaan sangat
mencolok seolah berdasarkan status berkasta-kasta. Kasta majemuk itu tersusun
rapi mulai dari para petinggi PN timah yang disebut “orang staff” atau urang
tetap dalam dialek local sampai pada para tukang pikul pipa di instalasi
penambangan serta warga suku Sawang yang menjadi buruh-buruh yuka penjahit
karung timah. Salah satu antribut diskriminasi itu adalah sekolah-sekolah PN’.
(Laskar
Pelangi : halaman 36)
Berdasarkan ayat di
atas, jelas menggambarkan budaya korporasi dalam masyarakat di Pulau Belitong
ini.budaya ini di mulakan dengan PN Timah dan seterusnya mengikut sistem kasta.
Budaya perusahaan ini dimulakan dengan peringkat yang tinggi kepada yang
serendah-rendah tahapnya iaitu yukang jahit karung timah. Budaya menjalankan
perusahaan ini merupa satu budaya yang unik di Pulau Belitong ini.
5.0 Pandangan hidup
Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas
(1972) dalam Mohd Rashid Md.Idris (2014) menyatakan bahawa pandangan hidup
mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Oleh itu,
pandangan hidup dari perpekstif Islam ialah pandangan tentang realiti atau
hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh
masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menggapai dan menerangkan
segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia, dan alam. Setiap
masyarakat selalu memiliki pandangan hidup tersebut, begitu juga dengan
masyarakat Melayu. Sehubungan itu, pandangan hidup orang Melayu lazimnya
melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama
manusia. Pandangan hidup tentang manusia dapat diperincikan kepada tiga
bahagian iaitu keluarga, pemimpin dan masyarakat.
Secara keseluruhannya, pandangan hidup orang Melayu telah
melalui beberapa peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan mendalam, zaman
penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kotemporari juga telah
mempengaruhi pandangan hidup masyarakat Melayu. Namun, secara amnya, Islam
sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran pembentukan pandangan hidup
masyarakat Melayu. Namun begitu, unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan seharian mereka.
5.1 Agama dijadikan
pegangan hidup
‘Cerita selanjutnya sangat
memukau. Sebuah cerita peperangan besar zaman Rasulullah di mana kekuatan
dibentuk oleh iman bukan oleh jumlah tentera : perang Badar ! tiga ratus tiga
belas tentera Islam mengalahkan ribuan tentera Quraisy yang kalap dan bersenjata lengkap. ‘Pak Harfan memberi
kami pelajaran pertama tentang keteguhan pendirian, tentang ketekunan, tentang
keinginan kuat untuk mencapai cita-cita. Beliau meyakinkan kami bahawa hidup
bias demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan untuk
bekorban’.
(Laskar
Pelangi : halaman 24-25)
Dalam novel Laskar Pelangi karya Adrea Hirata
mementingkan agama sebagai pandagan hidup. Melalui agama dan cerita-cerita
zaman Rasulullah dan para sahabat kepada anak-anak ini dapat meningkatkan iman
dan mengukuhkan jiwa anak-anak ini. Di samping itu, jiwa anak-anak ini terus
bekobar-kobar untuk menepuh kesusahan yang mendatang dengan penuh hati yang
terbuka. Mereka tidak kecewa didaftarkan di sekolah yang serba kekurangan ini.
Sebaliknya, mereka berasa begitu bertuah mendapat guru-guru yang cukup hebat.
Mereka menanam semangat untuk terus berjaya bersama-sama sahabat lain.
5.2 Kepentingan
pendidikan.
Pagi
itu, Lintang lambat masuk kelas. Kami tercengang mendengar ceritanya. ‘aku tak
bisa melintas. Seekor buaya sebesar pohon kelapa tak mau beranjak, menghalang
di tengah jalan. Tak ada siapa-siapa yang bisa ku mintai bantuan. Aku hanya
berdiri mematung, berbicara dengan diriku sendiri’.
(Laskar
Pelangi : halaman 67)
Dalam novel ini,
menonjolkan betapa pentingnya pendidikan pada anak-anak di Pulau Belitong ini.
Anak-anak ini kebanyakan terdiri daripada keluarga yang miskin. Pelbagai ranjau
terpaksa di tempuh untuk kesekolah dengan menunggang basikal dan terpaksa
menempuh sungai yang penuh dengan buaya. Nyawa anak-anak ini seperti telur di
hujung tanduk. Namun, demi mengejar cita-cita serta membela nasib keluarga,
semangat yang ada dalam diri anak-anak ini begitu kental. Di samping itu,
mereka ke sekolah tidak memakai pakaian seragam seperti kebanyakan sekolah yang
lain kerana mereka tidak mampu untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah.
Semangat dan cara hidup yang ada pada anak-anak ini dapat dijadikan contoh
kepada kita sebagai pembaca. Pengarang lebih menekan pendidikan di awal hingga
akhir cerita.
6.0 Nilai ilmu
Konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
ialah pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
Dari segi istilah, ilmu merupakan
pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara (mampu menafsir,
menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan tersurat disebalik maklumat
serta berupaya mengemukakan maklumat baru). Menurut bahasa Arab, perkataan ilmu
adalah sama dengan maklumat iaitu Alima bererti mengetahui manakala Al-ilmu
bererti pengetahuan. Melalui penggabungan kedua-dua perkataan ini, dalam bahasa
Melayu ia disebut sebagai ilmu pengetahuan.
6.1 Ilmu Agama
Nilai agama adalah peraturan
hidup yang harus diterima manusia sebagai perintah-perintah, larangan larangan
dan ajaran-ajaran yang bersumber dari Tuhan Yang Maha Esa. Pelanggaran terhadap
norma ini akan mendapat hukuman dari Tuhan Yang Maha Esa berupa “siksa” kelak
di akhirat. Nilai ilmu yang terdapat
dalam Novel Laskar Pelangi ialah berpedoman kepada Al-Quran dan Hadis.
Agama
berpandukan Al-Quran turut digambarkan oleh seorang guru kepada anak muridnya
berkaitan dengan Surah An-Nisa yang mementingkan tentang solat. Selain itu,
penulis juga ingin menyampaikan tentang tangunggajawab atau kepimpinan
seseorang dalam sesuatu tugas. Contohnya:
“Shalatlah tepat waktu, biar dapat pahala
lebih banyak,” demikian Bu Mus selalu menasihati kami.”
“Bukankah ini kata-kata yang
diilhami surah An-Nisa dan telah diucapkan ratusan kali oleh puluhan khatib?
Seringkali dianggap sambil lalu saja oleh umat, Tapi jika yang mengucapkannya
Bu Mus kata-kata itu demikian berbeda, begitu sakti, berdengung-dengung di
dalam kalbu. Yang terasa kemudian adalah penyesalan mengapa telah terlambat
shalat.”
(Laskar
Pelangi, 2008: 28)
“ Kata-kata itu mengajarkan
arti penting memegang amanah sebagai pemimpin dan Al-Quran mengingatkan bahwa
kepemimpinan seseorang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat.”
(Laskar
Pelangi, 2008: 67)
Agama berpandukan Hadis turut diterangkan dalam
karya Laskar Pelangi. Hadis tersebut menerangkan tentang amar makruf nahi
mungkar iaitu yang bermaksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada
melakukan perbuatan yang tidak baik. Contohnya:
“Lalu persis di bawah
matahari tadi tertera huruf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas dua,
setelah aku pandai membaca huruf arab, aku tahu bahawa tulisa itu berbunyi amar
makruf nahi mungkar artinya: menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang
mungkar”. Itulah pedoman utama warga Muhammadiyah. Kata-kata itu melekat dalam
kalbu kami sampai dewasa nanti. Kata-kata yang begitu kami kenal seperti kami
mengenal bau alami ibu-ibu kami.”
(Laskar
Pelangi, 2008: 18)
6.2 Ilmu Pendidikan
Ilmu pendidikan yang sering juga disebut sebagai
pedogi merupakan suatu disiplin ilmu yang terkait dengan proses peradaban,
pemberbudayaan dan pendewasaan manusia. Pendidikan sebagai upaya manusia untuk
manusia adalah aspek dan hasil budaya terbaik yang mampu disediakan setiap
generasi manusia untuk kepentingan generasi manusia muda agar dapat melanjutkan
kehidupan dan cara hidup mereka dalam konteks sosiobudaya mereka pula.
“Sebuah kisah yang sangat
mengesankan. Pelajaran moral pertama bagiku jika tak rajin shalat maka
pandai-pandailah berenang.”
(Laskar
Pelangi, 2008:21)
“Cerita selanjutnya sangat
memukau. Sebuah cerita peperangan besar zaman Rasulullah di mana kekuatan
dibentuk oleh iman bukan oleh jumlah tentera: perang Badar! Tiga rtus tiga
belas tentera Islam mengalahkan ribuan tentera Quraisy yang kalap dan
bersenjata lengkap.”
(Laskar
Pelangi, 2008:22)
6.3 Ilmu Firasat
Menurut Kamus Dewan (2008), menyatakan bahawa firasat
adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk
mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu
berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai
ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang
akan berlaku. Maksud Firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan
dari Allah SWT. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana
ia memandang dengan cahaya Allah.”
(Hadis Riwayat At Tarmizi).
Ilmu
firasat yang terdapat dalam Karya “Laskar Pelangi” adalah firasat berkaitan
mimpi seorang penduduk mekah dan firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan
perang Badar. Ilmi firasat tersebut diceritakan oleh Pak Harfan iaitu guru
besar Sekolah Dasar Muhammadiah. Contohnya:
“ Ketahuilah wahai keluarga
Ghudar, berangkatlah kalian ke tempat-tempat kematian kalian dalam masa tiga
hari”. Demikianlah Pak Harfan berteriak lantang sambil menatap langit melalui
jendela kelas kami. Beliau memekikkan firasat mimpi seorang penduduk Mekkah,
firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar”
(Laskar
Pelangi, 2008:22)
6.4 Ilmu Berhitung / Hisab
Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu
hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan
perubahan. Karya “Laskar Pelangi” turut memaparkan penggunaan ilmu berhitung.
Ilmu berhitung diterangkan melalui watak Lintang iaitu seorang pelajar yang
agak cerdik antara sepuluh pelajar Sekolah Dasar Muhammadiyah. Contohnya:
“Maka ia sekuat tenaga
mendukung pendidikan Lintang dengan cara-caranya sendiri, sejauh kemampuannya.
Ketika kelas satu dulu pernah Lintang menanyakan kepada ayahnya sebuah
persoalan pekerjaan rumah kali-kalian sederhana dalam mata pelajaran
berhitung.”
(Laskar
Pelangi, 2008: 91)
7.0 Estetika dan Kepengarangan
7.1 Estetika
Menurut Mohd Rashid Md. Idris et al. (2014), estetik dan kepengarangan adalah dua aspek yang
penting dalam mempengaruhi kedudukan sesebuah teks dan seseorang sasterawan.
Estetik berhubung kait dengan persoalan keindahan yang menjadi dasar karya
sastera. Ia membicarakan unsur keindahan pembinaannya, bahasanya dan pengalaman
keseronokan membacanya.
Pendekatan
estetik ialah yang menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek keindahan
dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang
merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan
atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam
pemikiran. Dalam seni sastera, apabila kita berbicara tentang keindahan, ia
akan selalu merujuk kepada keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada
pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Keindahan juga
terpancar daripada bahasa yang digunakan pengarang. Cara pengarang mencerna,
mengadun dan mengolah karyanya juga yang menyerlahkan rasa keindahan.
Dalam
novel Laskar Pelangi hasil karya Andrea Hirata ini, kebanyakan teknik
kepengarangan yang ditonjolkan adalah bersifat keindahan dalam imaginasi.
Walaupun begitu, teknik-teknik kepengarangan yang lain masih digunakan. Antara
contoh keindahan dalam kepengarangan yang terdapat dalam novel ini disertakan
di bawah.
7.1.1 Keindahan pengalaman
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pengalaman
merupakan apa-apa yang dialami, dirasai, ditempuh dan lain-lain. Keindahan
pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman misalnya pengalaman pengarang
yang luar biasa, belum pernah dialami pengarang, menarik dan memberi pengarang
kepuasan. Membaca adalah proses menambahkan pengalaman. Pengalaman keindahan
ialah apabila kita merasa kesan yang menarik, mengagumkan, menyedihkan atau
yang memeranjatkan.
i) Keindahan
pengalaman yang ditonjolkan oleh pengarang dapat dirasai pembaca. Melalui
pembacaan novel ini, pembaca dapat mengetahui tentang penemuan jenis-jenis
timah yang menjadi sumber alam bagi masyarakat di Pulau Belitong. Selain itu,
pembaca dapat menambah pengalaman mereka mengenai suasana Tembok Besar Cina
yang hanya dapat dilihat hanya di Belitong dan tidak perlu ke Jiachanying lagi.
“Aichang, phok,
kiaw, dan khaknai, seluruhnya adalah perangkat penambangan timah primitif yang
sekarang dianggap temuan arkeologi, bukti bahawa nenek moyang mereka telah lama
sekali berada di Pulau Belitong. Komunitas ini selalu tipikal: rendah hati dan
pekerja keras. Meskipun jauh terpisah dari akar budayanya namun mereka senantiasa
memelihara adat istiadatnya, dan di Belitong mereka beruntung karena mereka
tidak perlu jauh-jauh datang ke Jinchanying kalau hanya ingin melihat Tembok
Besar Cina.”
(Laskar Pelangi,
halaman 32)
ii) Penceritaan yang ditonjolkan oleh pengarang memberi
pengetahuan yang lebih luas kepada pembaca mengenai suasana di Pulau Belitong.
Kemungkinan pengalaman yang tidak dapat dirasai oleh pembaca, secara sendirinya
diketahui melalui pembacaan novel ini. Keindahan ini merupakan salah satu
pengalaman yang begitu berharga dirasakan oleh pembaca.
“Jika disaksikan dari udara di malam hari
Pulau Belitong tampak seperti familia besar Ctenopore, yakni ubur-ubur yang
memancarkan cahaya terang berwarna biru dalam kegelapan iaitu: sendiri, kecil,
bersinar, indah, dan kaya raya. Belitong melayang-layang di antara Selat Gaspar
dan Karimata bak mutiara dalam tangkupan kerang.”
(Laskar
Pelangi, halaman 34)
7.1.2 Keindahan perasaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perasaan
merujuk kepada perihal merasa dalam hati atau batin, hasil atau perbuatan
merasa dengan badan atau kulit dan lain-lain. Rasa keindahan juga berkait rapat
dengan kemampuan sesebuah teks itu menimbulkan perasaan kita, seperti perasaan
gembira, simpati, marah, terharu, dan sebagainya.
i) Pengarang menyatakan kesedihan yang dialami oleh
pelajar-pelajar apabila mereka tidak dapat ke sekolah kerana sekolah tersebut
akan ditutup jika bilangan pelajar yang mendaftar tidak mencapai target yang
ditetapkan oleh pengetua. Pengarang telah menggunakan pengulangan perkataan
‘pedih’ bagi menyatakan perasaan pelajar yang mempunyai semangat untuk belajar
tetapi tidak kesampaian. Petikan yang menceritakan perasaan tersebut ialah:
“Para orang tua mungkin menganggap kekurangan
satu murid sebagai petanda bagi anak-anaknya bahwa mereka memang sebaiknya
didaftarkan pada para juragan saja. Sedangkan aku dan agaknya juga anak-anak
lain merasa pedih: pedih pada orang tua kami yang tak mampu, pedih menyaksikan
detik-detik terakhir sebuah sekolah tua yang tutup justru pada hari pertama
kami ingin sekolah, dan pedih pada niat kuat kami untuk belajar tapi tinggal
selangkah lagi harus terhenti hanya karena kekaurangan satu murid. Kami
menunduk dalam-dalam.”
(Laskar pelangi,
halaman 13)
ii) Melalui penceritaan pengarang terhadap keadaan
sekolah Muhammadiyah, pembaca akan tersentuh mengenai keadaan sekolah tersebut
yang naif. Bumbung sekolah tersebut bocor dan akan mengakibatkan banjir berlaku
di dalam kelas apabila hujan turun. Keadaan sebegini tidak mendapat tempat di
hati guru mereka apabila murid-murid di sekolah tersebut mengeluh mengenai
masalah tersebut. Situasi yang terpaksa dihadapi oleh murid-murid tersebut
menyentuh perasaan pembaca.
“Pada kesempatan
lain, karena masih kecil tentu saja, kami sering mengeluh mengapa sekolah kami
tak seperti sekolah-sekolah lain. Terutama atap sekolah yang bocor dan sangat
menyusahkan saat musim hujan. Beliau tak menganggapi keluhan itu tapi
mengeluarkan sebuah buku berbahasa Belanda dan memperlihatkan sebuah gambar.”
(Laskar Pelangi,
halaman 30)
iii) Lintang
merupakan seorang yang baik hati, bijak dalam pelajaran, serta seorang yang
tidak sombong. Walaupun Lintang seorang yang pintar di dalam kelasnya, dia
tidak sedikit pun mempunyai perasaan riak dengan apa-apa yang dimilikinya.
Lintang mudah untuk memperoleh apa-apa yang dipelajari. Hal ini menimbulkan
perasaan kagum dalam diri pembaca terhadap perwatakan Lintang. Perkara ini
dapat dilihat melalui rangkap tersebut:
“Jika kami kesulitan, ia mengajari kami
dengan sabar dan selalu membesarkan hati kami. Keunggulannya tidak menimbulkan
perasaan terancam bagi sekitarnya, kecemerlangannya tidak menerbitkan iri
dengki, dan kehebatannya tidak sedikit pun mengisyaratkan sifat-sifat angkuh.
Kami bangga dan jatuh hati padanya sebagai seorang sahabat dan sebagai seorang
murid yang cerdas luar biasa. Lintang yang miskin duafa adalah mutiara, galena,
kuarsa, dan topas yang paling berharga bagi kelas kami.”
(Laskar
Pelangi, halaman 83)
7.1.3
Keindahan Pemikiran
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010), pemikiran bermaksud perihal berfikir iaitu memikir.
Melalui pembacaan sesebuah novel, kita akan mendapat pemikiran yang tinggi dan
mempunyai falsafah dalam hidup. Teknik pemikiran yang berkesan akan membuat
seorang pembaca mengingati dan menghargai kata-kata yang digunakan oleh
pengarang.
i) Pengarang
mengetengahkan isu mengenai pemimpin iaitu seorang pemimpin akan disoal di
akhirat kelak sama ada dia merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan amanah yang diberikan ataupun sebaliknya. Walaupun begitu,
golongan yang dipimpin akan selalu mendoakan pemimpinnya. Begitulah nasihat
yang diberikan oleh Bu Mus terhadap Kucai yang hampir setiap tahun menjadi
ketua kelas bagi kelasnya.
“Memegang amanah sebagai pemimpin memang
berat tapi jangan khawatir orang yang akan mendoakan. Tidakkah Ananda sering
mendengar di berbagai upacara petugas sering mengucap doa: Ya, Allah
lindungilah para pemimpin kami? Jarang sekali kita mendengar doa: Ya Allah
lindungilah anak-anak buah kami ...”
(Laskar
Pelangi, halaman 58)
ii) Mengikut
kepercayaan pengamal ilmu buaya, apabila mereka mati, mereka turut akan menjadi
buaya. Begitulah kepercayaan yang bermaharajalela dalam diri Bodenga. Bodenga
mampu menundukkan seekor buaya dengan mudah. Buaya tersebut seakan-akan haiwan
peliharaannya dan patuh kepada arahan.
“...Dia menyentuhnya! Menepuk-nepuk lembut
kulitnya sambil mengumumkan sesuatu. Ganjil sekali, buaya itu seperti takluk,
mengibas-ngibaskan ekornya laksana seekor anjing yang ingin mengambil hati
tuannya, lalu mendadak sontak, dengan sebuah lompatan dahsyat seperti terbang
reptil zaman Cretaceous itu terjun ke rawa menimbulkan suara laksana tujuh
pohon kelapa tumbang sekaligus.”
(Laskar
Pelangi, halaman 69)
“... Orang-orang mundur melepaskan kayu bakar
yang menyangga mulut buaya tersebut. Mereka faham bahwa penganut ilmu buaya
percaya jika mati mereka akan menjadi buaya. Dan mereka maklum bahawa bagi
Bodenga buaya ini adalah ayahnya kerana salah satu kaki buaya ini buntung.
Bodengan menangis... Suaranya pedih memilukan.”
(Laskar
Pelangi, halaman 71)
7.1.4
Keindahan Imaginasi
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010), imaginasi membawa maksud daya khayal, daya atau kemampuan
menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara
khayalan.
i) Keindahan
imaginasi yang dikatakan oleh pengarang memberi bayangan kepada pembaca
mengenai wajah sebenar A Kiong. Pembaca akan membayangkan wajah seorang murid
yang mempunyai wajah yang tidak begitu mendapat tempat di hati individu yang
melihatnya. Petikan yang menceritakan mengenai wajah A Kiong ialah:
“Tapi bila melihat
A Kiong, siapa pun akan maklum kenapa nasibnya berakhir di SD kampung ini. Ia
memang memiliki penampilan akan ditolak di mana-mana. Wajahnya seperti baru
keluar dari bengkel ketok magic, alias menyerupai Frankenstein. Mukanya lebar
dan berbentuk kotak, rambutnya serupa landak, matanya tertarik ke atas seperti
sebilah pedang dan ia hampir tidak punya alis. Seluruh giginya tonggos dan
hanya tinggal setengah akibat digerogoti phyrite Dan markacite dari air minum.
Guru mana pun melihat wajahnya akan tertekan jiwanya membayangkan betapa
susahnya menjejalkan ilmu ke dalam kepala aluminiumnya itu.”
(Laskar
Pelangi, halaman 53 – 54)
7.1.5 Keindahan Wawasan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), wawasan ialah
pandangan jauh terutama yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi
mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Menurut Mana Sikana,
2007 dalam Mohd Rashid Md. Idris et al.
2014, karya yang berwawasan akan membolehkan kita mendapatkan kesan atas
wawasan yang dibinanya dalam teksnya itu. Watak-wataknya pun berwawasan,
mempunyai cita-cita dan keazaman, serta pandai mengurus masa dan zaman;
akhirnya ia menjadi watak yang berjaya. Kita sebagai pembacanya merasa
keindahan pengalaman yang dibawakan wataknya. Keindahan dapat dilihat daripada
pembentukan tekstual dan kontekstual, terutamanya aspek kebahasaannya jua.
i) Dalam rangkap yang terdapat dalam halaman 13 ini,
pengarang telah menceritakan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid yang
baharu hari pertama mendaftar sesi persekolah mereka di SD muhammadiyah. Mereka
menanam niat dan cita-cita untuk menuntut ilmu. Namun begitu, alangkah
runtuhnya harapan dan cita-cita mereka apabila sekolah tersebut akan ditutup
sekiranya bilangan pelajar tidak cukup sepuluh orang. Perkara ini dapat dilihat
melalui:
“Para orang tua
mungkin menganggap kekurangan satu murid sebagai petanda bagi anak-anaknya
bahwa mereka memang sebaiknya didaftarkan pada para juragan saja. Sedangkan aku
dan agaknya juga anak-anak lain merasa pedih: pedih pada orang tua kami yang
tak mampu, pedih menyaksikan detik-detik terakhir sebuah sekolah tua yang tuutp
justru pada hari pertama kami ingin sekolah, dan pedih pada niat kuat kami
untuk belajar tapi tinggal selangkah lagi harus terhenti hanya karena
kekurangan satu murid. Kami menunduk dalam-dalam.”
(Laskar pelangi,
halaman 13)
ii) Bu Mus merupakan seorang guru yang mempunyai wawasan
hidup. Perwatakan Bu Mus ataupun Ibu Muslimah ditonjolkan oleh pengarang dengan
sifatnya yang begitu mencintai bidang pendidikan dengan merancang sendiri
sukatan pelajaran untuk diajarkan dan mendidik sendiri anak bangsanya. Semangat
yang ditonjolkan oleh pengarang begitu menyentuh pemikiran pembaca untuk lebih
menghargai pendidikan yang diperoleh sepanjang menuntut ilmu walau di mana
sahaja. Hal ini dapat dilihat melalui petikan tersebut:
“Bu Mus adalah
seorang guru yang pandai, karismatik, dan memiliki pandangan jauh ke depan.
Beliau menyusun sendiri silabus pelajaran Budi Pekerti dan mengajarkan kepada
kami sejak dini pandangan-pandangan dasar moral, demokrasi, hukum, keadilan,
dan hak-hak asasi – jauh hari sebelum orang-orang sekarang meributkan soal
materialisme versus pembangunan spiritual dalam pendidikan.”
(Laskar Pelangi, halaman
30)
ii) Semangat untuk belajar dapat dilihat menerusi
perwatakan Lintang yang tetap ingin ke sekolah walaupun terdapat seekor buaya
telah menghalang jalan yang menjadi laluan Lintang untuk ke sekolah.
Semangatnya tidak mudah rebah walaupun peristiwa ini merupakan sesuatu yang
berbahaya kepada nyawanya. Petikan peristiwa tersebut adalah:
“Tapi lebih
setengah perjalanan sudah, aku tak ‘kan kembali pulang gara-gara buaya bodoh
ini. Tak ada kata bolos dalam kamusku, dan hari ini ada tarikh Islam, mata pelajaran
yang menarik. Ingin kudebatkan kisah ayat-ayat suci yang memastikan kemenangan
Byzantium tujuh tahun sebelum kejadian. Sudah siang, aku maju sedikit, aku
pasti terlambat tiba di sekolah.” Dua belas meter “Aku hanya sendirian. Jika
ada orang lain aku berani lebig frontal. Tahukah hewan ini pentingnya
pendidikan? Aku tak berani lebih dekat. Ia menganga dan bersuara rendah, suara
dari perut yang menggetarkan seperti sendawa seekor singa atau seperti suara
orang menggeser sebuah lemari yang sangat besar. Aku diam menunggu. Tak ada
jalur alternatif dan kekuatan jelas tak berimbang. Aku mulai frustasi. Suasana
sunyi senyap. Yang ada hanya aku, seekor buaya ganas yang egois, dan intaian
maut.”
(Laskar Pelangi,
halaman 68)
7. 2 Kepengarangan
Kepengarangan pula dianalisis daripada aspek keperibadian
yang dicapai pengarang. Keperibadian merupakan kemuncak kejayaan seseorang
pengarang. Prinsip keperibadian merupakan klimaks dalam perjuangan seseorang
pengarang, ia harus berusaha membina teks yang unggul dalam mencipta sifat
keperibadian masing-masing.
7.2.1 Monolog
Monolog berasal daripada perkataan Yunani yang terdiri
dari mono beerti satu dan legein bererti berbicara. Oleh itu,
monolog membawa maksud hanya seorang yang berbicara. Dalam novel ini, pengarang
turut menggunakna unsur monolog dalam penulisan beliau. Berdasarkan petikan di
bawah dapat dilihat watak Ikal iaitu aku
dalam novel ini berbicara berseorangan di dalam hatinya.
“Kasihan ayahku ...
Maka aku tak sampai hati
memandang wajahnya.
“Barangkali
sebaiknya aku pulang saja, melupakan keinginan sekolah, dan mengikuti jejak
beberapa abang dan sepupu-sepupuku, menjadi kuli ...”
(Laskar Pelangi,
halaman 11)
7.2.2 Dialog
Dialog merupakan salah satu bentuk komunikasi
interpersonal. Dialog berasal dari kata Yunani dia yang bererti antara, di antara dan legein yang bererti berbicara, bercakap-cakap, dan bertukar-tukar
pemikiran. Dalam dialog, kedua-dua pihak terlibat dalam berbual antara satu
sama lain. Melalui novel Laskar Pelangi,
pengarang turut menggunakan dialog dalam penulisannya. antaranya ialah
perbualan antara Pak Harfan iaitu pengetua sekolah SD Muhammadiyah dan Bu Mus.
“Kita
tunggu sampai pukul sebelas,” kata Pak Harfan pada Bu Mus dan seluruh orang tua
yang telah pasrah. Suasana hening.”
(Laskar Pelangi, halaman 11)
7.2.3 Bahasa
Asing
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010), bahasa asing ialah bahasa selain bahasa ibunda, ia
dipelajari secara formal atau tidak formal. dalam novel ini turut digunakan
bahasa asing iaitu bahasa Inggeris.
“Kemudian kulihat
lagi pria cemara angin itu. Melihat anaknya demikian berghairah ia tersenyum
getir. Aku mengerti bahwa pira yang tak tahu tanggal dan bulan kelahirannya itu
gamang membayangkan kehancuran hati anaknya jika sampai drop out saat kelas dua atau tiga SMP nanti karena alasan klasik:
biaya atau tuntutan nafkah.”
(Laskar
pelangi, halaman 19)
7.2.4 Retorik Pemerian
Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk
penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan untuk
menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.
Retorik pemerian juga bertujuan untuk memberikan gambaran visual yang jelas
kepada khalayak seperti dalam pelukisan. Dalam retorik tersebut, penghasil
wacana memindahkan pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan yang
dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar
dan sebagainya.
Berdasarkan
teks, retorik pemerian jelas dilihat melalui penceritaan watak Harun. Melalui
penggunaan retorik pemerian ini, pembaca dapat membayangkan keadaan dizikal
Harun.
“Kami serentak menoleh dan di kejauhan tampak
seorang pria kurus tinggi berjalar terseok-seok. Pakaian dan sisiran rambutnya
sangat rapi. Ia berkemeja lengan panjang putih yang dimasukkan ke dalam. Kaki
dan langkahnya membentuk huruf x sehingga jika berjalan seluruh tubuhnya
bergoyang-goyang hebat. seorang wanita gemuk setengah baya yang berseri-seri
susah payah memeganginya. Pria itu adalah Harun, pria jenaka sahabat kami
semua, yang sudah berusia lima belas tahun dan agak terbelakang mentalnya. Ia
sangat gembira dan berjalan cepat setengah berlari rtak sabar menghampiri kami.
Ia tak menghiraukan ibunya yang tercepuk-cepuk kewalahan menggandeng-nya.”
(Laskar pelangi,
halaman 14)
7.2.5 Unsur Pendidikan
Pendidikan merupakan sesuatu yang penting. Pendidikan
ialah “usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya,
usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia”. Pengarang berusaha menerapkan unsur pendidikan dalam penulisan novel
ini bagi menunjukkan pentingnya pendidikan dalam diri setiap individu. Walaupun
mengalami kesukaran, pendidikan tetap diutamakan dalam kehidupan seharian
mereka.
“Lintang memang tak
memiliki pengalaman emosional dengan Bodenga seperti yang aku alami, tapi bukan
baru sekali itu ia dihadang buaya dalam perjalanan ke sekolah. Dapat dikatakan
tak jarang Lintang mempertaruhkan nyawa demi menempuh pendidikan, namun tak
sehari pun ia pernah bolos. Delapan puluh kilometer pulang pergi ditempuhnya
dengan sepeda setiap hari. Tak pernbah mengeluh. Jika kegiatan sekolah
berlangsung sampai sore, ia akan tiba malam hari di rumahnya.”
(laskar
pelangi, halaman 71-72)
7.2.6 Unsur Keislaman
Islam merupakan kata
nama yang berasal dari bahasa Arab aslama
yang membawa maksud “untuk menerima, menyerah, atau tunduk”. Dengan demikian,
Islam bererti penerimaan dari dan penundukan kepada tuhan, dan penganutnya
harus menunjukkan ini dengan menyembahNya, menuruti perintahNya dan menghindari
politheisme. Melalui novel ini, pengarang menerapkan unsur keislaman dalam
watak-watak di dalam novel ini. Pengarang telah memberi pengetahuan kepada
pembaca mengenai unsur-unsur keislaman. Walaupun mereka terdiri daripada
masyarakat yang susah, pegangan agama dijadikan perkara yang penting dalam
hidup mereka.
“...Tiba-tiba aku merasa sangat beruntung
didaftarkan orangtuaku di sekolah miskin Muhammadiyah. aku merasa lelah
terselamatkan karena orang tuaku memilih sebuah sekolah Islam sebagai
pendidikan paling dasar bagiku. Aku merasa amat beruntung berada di sini, di
tengah orang-orang yang luar biasa ini. Ada kaindahan di sekolah Islam melarat
ini. Keindahan yang tak ‘kan kutukar dengan seribu kemewahan sekolah lain.”
(Laskar Pelangi,
halaman 26)
“Shalatlah tepat waktu, biar dapat pahala
lebih banyak,” demikian Bu Mus selalu menasihati kami. Bukankah ini kata-kata
yang diilhami surah An-Nisa dan telah diucapkan ratusan kali oleh puluhan
khatib? Sering kali dianggap sambil lalu saja oleh umat. Tapi jika yang
mengucapkannya Bu Mus kata-kata itu demikian berbeda, begitu sakti,
berdengung-dengung di dalam kalbu. Yang terasa kemudian adalah penyesalan
mengapa telah terlambat shalat.”
(Laskar Pelangi,
halaman 30)
8.0 Seni Bahasa / Gaya Bahasa
Istilah Style (gaya bahasa) berasal daripada perkataan
Latin yang mempunyai erti sesuatu alat untuk menulis di atas kertas (yang telah
dilapisi)
Soepomo
Poedjosoedarmo menyatakan gaya bahasa sebagai salah satu variasi bahasa yang
termasuk ragam dalam cerita dengan menggunakan suasana indah. Kesimpulannya,
gaya bahasa menekankan gaya bahasa yang sama ada secara jelas atau terlindung
penggunaannya.
Menurut
Hashim Awang, gaya bahasa adalah cara penggunaan kata-kata dalam menyampaikan
fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga mempunyai sifat kepada pengarang dalam
menyampaikan fikiran atau tujuannya.
Berikut
adalah analisis gaya bahasa yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi.
8.1 Gaya Bahasa Perbandingan
i) Metafora
Metafora merupakan majaz yang membandingkan suatu benda
dengan benda lain. Benda yang diperbandingkan itu mempunyai sifat yang sama.
Contohnya,
Dewi malam telah keluar dari peradaannya (dewi malam = bulan)
ii) Personifikasi
Merupakan majaz yang menerapkan sifat-sifat manusia
terhadap benda mati. Contoh:
Saat kumelihat rembulan, dia seperti tersenyum kepadaku seakan-akan aku
merayunya.
iii) Asosiasi
Gaya bahasa ini memberikan perbandingan terhadap sesuatu
benda yang sudah disebutkan. Perbandingan itu menimbulkan asosiasi terhadap
benda sehingga gambaran tentang benda atau hal yang disebutkan itu menjadi
lebih jelas. Contoh:
Semangatnya keras bagai baja.
iv) Metonomia
Apabila sepatah kata atau sebuah nama yang berasosiasi
dengan suatu benda digunakan untuk menggantikan benda yang dimaksud.
Contoh-contoh:
Ayah selalu mengisap Djarum Super (Djarum Super adalah rokok). Mengisap
Djarum Super artinya mengisap rokok merk Djarum Super.
v) Litotes
Apabila kita menggunakan kata yang berlawanan ertinya
dengan membawa maksud dengan merendahkan diri terhadap orang yang berbicara.
Contoh:
Sekali-kali datanglah ke gubuk reyotku.
vi) Hiperbola
Adalah sepatah kata yang diganti dengan kata lain yang
memberikan pengertian lebih melampau daripada kata lain. Contoh:
Harga-harga sudah meroket.
vii) Antonomasia
Majaz perbandingan yang menyebutkan sesuatu bukan dengan
nama asli dari benda tersebut, melainkan dari salah satu sifat benda tersebut.
Contoh-contoh:
Hei Jangkung!
8.2 Gaya Bahasa Sindiran
i) Ironi
Ialah salah satu
majaz sindiran yang dikatakan sebaliknya dari apa yang sebenarnya dengan
bermaksud menyindir orang dan diungkapkan secara halus. Contoh:
Hambur-hamburkan terus uangmu itu agar bias menjadi
jutawan.
ii) Sarkasme
Gaya bahasa
sindiran yang terkasar digunakan untuk memaki orang dengan kata-kata kasar dan
tidak sopan. Contoh:
Soal semudah ini saja tidak bisa dikerjakan. Goblok kau!
8.3 Gaya Bahasa Penegasan
i) Pleonasme
Menambahkan
keterangan pada pernyataan yang sudah jelas atau menambahkan keterangan yang
sebenarnya tidak diperlukan. Contoh-contoh:
Dia turun ke bawah – Dia turun
Dia naik ke atas –Dia naik
ii) Paralelisme
Pengulangan
kata-kata untuk menegaskan yang terdapat dalam puisi. Apabila kata yang diulang
pada awal perkataan dinamakan anafora, dan jika terdapat pada akhir perkataan
dinamakan epifora. Contoh:
Kau berkertas putih
Kau bertinta hitam
iii) Interupsi
Gaya bahasa
penegasan yang mempergunakan sisipan di tengah-tengah perkataan utama dengan
maksud untuk menjelaskan sesuatu dalam perkataan tersebut. Contoh:
Tiba-tiba Ia kekasih itu direbut oleh perempuan
lain.
iv) Retoris
Gaya bahasa
penegasan ini menggunakan kalimat Tanya – tidak - bertanya. Menyatakan
kesangsian atau bersifat mengejek. Contoh:
Mana mungkin orang mati hidup lagi?!
v) Koreksio
Digunakan untuk
membetulkan semula perkara yang salah diujarkan sama ada secara sengaja ataupun
tidak. Contoh:
Gedung Sate berada di Kota Jakarta. Eh, bukan, Gedung Sate berada di Kota
Bandung.
vi) Asindeton
Beberapa keadaan
atau benda yang disebutkan secara berturut-turut tanpa menggunakan kata
penghubung. Contoh:
Meja, kursi, lemari ditangkubkan dalam kamar itu.
8.4 Gaya Bahasa Pertentangan
i) Paradoks
Majaz yang
menggambarkan seolah-olah ada pertentangan. Contoh:
Gajinya besar, tapi hidupnya melarat.
Ertinya, wang
cukup, tetapi jiwanya menderita.
ii) Antitesis
Majaz pertentangan
yang menggunakan kata yang berlawanan
erti. Contoh:
Tua muda, besar kecil, semuanya hadir di tempat itu.
9.0 Kesimpulan
Melalui kajian yang dilakukan terhadap novel Laskar
Pelangi, terdapat pelbagai ilmu yang telah dipelajari daripadanya. Pelbagai isi
dan mesej yang disampaikan melalui pembacaan novel ini. Karya hebat ini memberi
banyak pengajaran kepada seluruh pembacanya. Kita seharusnya menghargai nikmat
pemberian tuhan kepada kita. Namun begitu sebagai seorang manusia yang kerdil,
kita haruslah berusaha dalam setiap apa yang kita ceburi. Kejayaan seseorang
bergantung pada sikap individu itu sendiri. Jika rajin berusaha, maka kejayaan
akan mudah dicapai. Kemiskinan bukan penghalang untuk seseorang memperoleh
pendidikan. Motivasi yang ditonjolkan melalui penceritaan kisah-kisah yang
begitu dikagumi di dalam novel ini mampu mengubah pemikiran pembaca untuk tidak
mudah putus asa dalam kehidupan.